Saturday 16 January 2010

SAHABAT



Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah , mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Allah SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Friday 15 January 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA

ASSALAMMUALAIKUM.....

Pada suatu pagi yang dingin,kedengaran suara tangisan bayi yang tidak henti-henti...apabila tangisan itu kedengaran semua orang hanya mampu tersenyum sedangkan bayi itu terus menangis...tangisan bayi itu adalah aku...ya Allah sungguh besar kekuasaan mu yang mencipta aku dari setitik air mani yang hina menjadi seorang manusia....

sejak aku menjejak kaki didunia aku, aku diberi nama NOR FAIQAH BINTI MOHD RAMLY oleh abah dan mak yang paling aku sayangi. aku dilahirkan pada 29 JANUARI 1988 iaitu pada jam 3.30am di HOSPITAL KUALA ROMPIN PAHANG...kecian kat mak best2 tido tiba2 aku wat hal xsabar nk melihat dunia...akhirnya aku selamat dilahirkan dengan keadaan normal...aku bersyukur kerana dianugerahkan oleh Allah tubuh badan yang sempurna...mengikut cerita mak selepas aku dilahirkan aku disahkan mengalami sakit kuning dan aku terus dibawa ke hospital kuantan tanpa pengetahuan abah aku...aku dihantar ke sana dgn seorng nurse tanpa mak abah disisi,sedih rasaye hehehehe...selepas sihat aku dibenarkan pulang dan mak abah menjagaku dengan baik dan memberi makan minum yang cukup...

SELEPAS 6TAHUN...
waktu tu umurku dah msk 6thn kejapnye masa berlalu, aku dihantar ke PRA SEKOLAH RENDAH SUNGAI PUTERI, aku merupakn ank yang berani sebabnye mak abah xteman pn bila nk msk sekolah,bila dah hantar mak abah pn balik...pada umur 7THN aku dah masuk darjah 1,sukanye nk belajar he3..aku sekolah di SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN SUNGAI PUTERI hinggalah darjah 6. nak ceritanya waktu sekolah rendah YaAllah mmg nakal la suka ponteng kelas, kacau bdk2 n selalu la g mandi sungai dan selalu balik rumah dekat nk mgrib( selalu kene kurung kt luar rumah sampai la mak siap solat baru mak bgi masuk umah tu pn kene pukul dulu) tu kenangan terindah

SELAPAS UMUR 12TAHUN
selepas abis sekolah rendah terbuka hatiku untuk sambung belajar ke sekolah agama,akhirnya impianku tercapai...bila dah masuk sklh agama terus ku berubah menjadi remaja yang paling solehah he3...solehah juga tp ada nakal2 juga ala biasa la tu....pas abis belajar di SEKOLAH MENENGAH AGAMA ROMPIN aku terus melanjutkan pengajian diperingkat STAM di KULIAH ALLUGHAH WADDIN AS-SULTAN ABU BAKAR PEKAN PAHANG...mls la nk citer kisah kt kuliah sbnye mmg jadi nakal sgt2 la tp alhamdulilla kptsan STAM ok...

KINI HIDUPKU....
sekarang Allah telah murahkan rezki ku dan aku melanjut pelajaran di pringkat ijazah di UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS...mula2 masuk upsi mmg sedih la ye la xpenah pisah dgn mak abah jauh2..tambahan plak mmg rapat sgt2 dgn mak abah..tapi demi mencapai impian dan istiqamah dalam menuntut ilmu aku ttp tabah untuk terus belajar walaupun dalam hati ini sentiasa menagis teringt mak abah...insyaAllah akhir bln 12 tahn 2011 aku akan tamat pengajian tp ada tersemat di dalam hati nk sambung MASTER tp tgk la mcm ne nnti..tp yang penting NIAT KITA IAITU APA YANG DILAKUKAN ADALAH KERAN ALLAH DAN DEMI MENDPAT MARDHATILLAH...TERUSKAN PERJUANGAN DAN MENGAHADAPI DUGAAN DENGAN TENANG PADA SUATU HARI NANTI AMINNNN.....

BIODATA DIRIKU
NAMA: NOR FAIQAH BINTI MOHD RAMLY
UMUR: 22TAHUN
TARIKH LAHIR:20/01/1988
TEMPAT LAHIR : KUALA ROMPIN
NAMA MAK: GHALIZAH BINTI ABD GHANI
NAMA ABAH: MOHD RAMLY BIN SIDEK
BILANGAN ADIK BERADIK: 11ORNG ANAK KE5
CITA-CITA : INGIN MENJADI INSAN YANG MULIA DISISI ALLAH DAN INGING MENEGAKKAN AGAMA ALLAH...


SALAM PERKENALAN

Thursday 14 January 2010